MAT IJA

Sunday, July 27, 2008

PELIHARALAH DIRI ANDA...



Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

“Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menutup badan mereka dengan jilbab (bertudung). Demikian itu adalah supaya mereka lebih mudah dikenali (sebagai orang yang beriman) agar mereka tidak diganggu lelaki yang jahat. sesugguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sebuah Hadis yang diriwyatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a bahawa Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah nabi dengan berpakaian nipis, kemudian Nabi memalingkan mukanya sambil bersabda:

“Hai Asma’! sesungguhnya perempuan apabila sudah baligh tidak patut menampakkan badannya kecuali ini dan ini (Rasulullah menunjukkan tapak tangan dan mukanya).”

Islam mengajar ummatnya memelihara kesucian bukan sahaja kesucian hati (iman) tetapi juga cara ummatnya berpakaian sebagai pencegahan kepada gejala yang lebih buruk seperti rogol, zina, hamil tanpa nikah dan membunuh.

Wanita Islam yang sudah baligh diwajibkan memelihara aurat mereka sebagaimana. yang di jelaskan Al-Quran dan Al Hadis..

i. Pakaian tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan atau susuk tubuh.
ii. Pakaian tersebut tidak nipis hingga menampakkan bayangan tubuh dari luar.
iii. Pakaian tersebut tidak menarik perhatian lelaki sama ada terbelah atau terdedah.
iv. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.
v. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita musyrik dan kafir.

Sebagai pemimpin Islam sama ada ketua keluarga, ketua masyarakat apalagi ketua negara kita wajiblah membimbing wanita kita agar menjadi ahli syurga dan membiasakan remaja menutup aurat mereka sejak kecil kerana seksaan Allah janjikan kepada mereka yang mendedahkan aurat mereka adalah sangat berat.

Ketika Israk dan Mikraj Rasulullah saw melihat kaum perempuan diazab dalam neraka dengan berbagai azab diantaranya perempuan yang digantung dengan rambutnya hingga mengelegak otak mereka. Rasulullah menerangkan:
“Adapun perempuan yang digantung dengan rambut mereka itu adalah kerana dahulu (di dunia) mereka tidak menutup rambut mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim.”

Sabda Rasulullah lagi:
“Sesungguhnya termasuk ahli neraka, perempuan-perenpuan yang berpakaian tapi terlanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat…mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”


INGATLAH ALLAH ITU SANGAT KERAS SEKSAANNYA.NAUZUBILLAH..

Wednesday, July 23, 2008

JAUHI ZINA



Allah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 32 yang bermaksud:

“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat.”

Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina mesti dihukum dengan 100 kali sebatan sebagaimana Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat ke 2 yang bermaksud:

“Perempuan-perempuan dan laki-laki yang berzina hendaklah keduanya didera (sebat) dengan masing-masing 100 deraan (sebatan).”

Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta sistem kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu, dengkalnya iman menyebabkan kes zina makin merebak.

Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus dengan perbuatan hina ini mati sebelum bertaubat, kerena seksaan di akhirat lebih dahsyat dari 100 kali sebatan.

Rasulullah saw ketika Israk Mi’raj diperlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh meminta mereka agar dijauhkan dari penzina tersebut.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.

Tiga bala sewaktu di dunia iaitu:
• Allah mengurangkan rezekinya
• Hilang keberkatan hidupnya
• Seksaan sewaktu nyawanya dicabut[/b]

Menjauhi zina ialah dengan berpakaian menutup aurat, menghindarkan diri dari bahan lucah dan pergaulan bebas kerana sekiranya kita menghampiri zina syaitan akan mengoda kita untuk mencuba perbuatan yang terkutuk itu.

Firman Allah kepada lelaki yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” AnNur :30

Firman Allah kepada wanita yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Hendaklah mereka tutup ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasanya.....” An Nur : 31

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Tabrany bermaksud:

“Jauhilah kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan. Demi Allah tidak sunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

Allah berfirman dalam surah An-Nur yang bermaksud:

“Laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak akan dikahwini kecuali dengan laki-laki yang berzina.”


Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya antara ajaran para nabi sebelum ini yang didapati oleh manusia ialah: Jika kamu tidak malu buatlah apa yang kamu suka.

Oleh itu amalkanlah ajaran Islam sepenuhnya dan jauhi dari godaan syaitan, semoga kita dan keluarga kita bahagia dan selamat di dunia dan di akhirat.

Monday, July 21, 2008

WASIAT BUAT BAKAL ISTERI


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat ke 21 maksudnya :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan manusia di bumi.
Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahnya yang seringkali diabaikan.

Para ahli tafsir menitikberatkan permasalahan yang berkaitan dengan Islam dan hukum, namun suatu perkara yang perlu ditangani ialah memahami mesej ayat dalam rangka realiti atau lebih tepat lagi kaedah menguruskan konflik rumahtangga yang sering dialami oleh pasangan-pasangan yang berkahwin.Mengapakah masalah ini timbul sedangkan mafhum ayat mengkehendaki dengan perkahwinan adanya keserasian dan kedamaian.

Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengingkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”walaupun nasihat ini lebih menumpukan kepada aspek bahasa, namun pengajaran yang dikutip di sebaliknya amat membantu kita memahami realiti hayat kita di dalam rumahtangga.Secara ringkasnya, ibrah yang terdapat di sebalik wasiat ibu yang matang ini ialah :
1. Carilah pasangan yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
2. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi beliau tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah.
3. Kepentingan mengamalkan sikap berlapang dada dan bertolak ansur kerana ia pasti menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
4. Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah,contohnya dengan sentiasa berdoa kepadaNya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayangnya dan kasih sayang manusia.
5. Para perunding hendaklah sentiasa memberikan semangat terhadap banyaknya peluang untuk pembaik pulihan daripada mencari kelemahan seseorang.

Mudah-mudahan sedikit wasiat berupa pengalaman para hukamak ini dapat menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bagi menjamin keberadaan sakinah, mawaddah dan rahmah!

Monday, July 14, 2008

TEMUDUGA TERBUKA...

Sunday, July 13, 2008

DOA MENGHILANGKAN SYIRIK


Doa yang diajar oleh Nabi saw kepada Abu Bakar al-Siddiq ra:

اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada aku mensyirikkan Engkau sedangkan aku mengetahui, dan aku memohon keampunan daripadaMu sekiranya aku tidak mengetahui (menyedari)”.