MAT IJA










Monday, April 27, 2009

Komisyen Ejen Insuran, Takaful & Saham Amanah


Soalan

Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan apa yang mereka dapat, komisen tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga.

-SOALAN MELALUI RUANGAN KOMENTAR-

Jawapan

Pertamanya, saya telah jelaskan hukum bekerja untuk promosi benda haram atau membantu secara direct akan apa jua yang haram adalah haram, saya telah di pelbagai tempat di web saya. Maka, jika orang tidak membaca apa yang telah ditulis, ia diluar kuasa dan bukan lagi termasuk di bawah tanggungjawab saya.

Secara ringkasnya seperti berikut:

a) Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut.

Amat malang juga, apabila saya dapati terdapat sebahagian ejen-ejen Takaful yang meletakkan DUIT sebagai satu-satunya matlamat dan target mereka, menyebabkan dalam masa yang masa mereka SUDI DAN SANGGUP menjadi ejen kepada insuran riba konvensional.

Mereka ini tidak lain, boleh dianggap bermain-main dengan hukum sehingga boleh memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada ingin yang halal atau yang haram. Bolehkah diberi pilihan sedemikian?

Allah swt menyebut :-

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 42)

Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL.

Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu'alam.

Bagi sesiapa yang kurang jelas maksud overriding commission ia adalah :

In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson.
Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline (recruited agents).

b) Hukum komisyen bagi ejen-ejen saham amanah unit trust yang berunsur riba, haram dan tidak diluluskan oleh Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, adalah HARAM secara sepakat ulama.

Komisyen ejen unit trust YANG DILULUS MAJLIS SHARIAH pula adalah halal namun tetakluk pula kepada apa yang dijualnya sendiri sahaja. Ia sama seperti isu ejen Takaful di atas. Wallahu'alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Sept 2008

5 Ramadhan 1429 H

Saturday, April 25, 2009

YANG DIKATAKAN MANUSIA...















Kerdilnya manusia yang asalnya dari objek seperti anak berudu..
Kenapa kita perlu sombong,membangga diri dengan kekayaan,pangkat dan kecantikan diri..
Sedangkan kita berasal dari keadaan yang sebegitu rupa...
Kita milik Allah dan akan kembali pada Allah.
Lahir dalam keadaan putih bersih tanpa sedikit dosa pun...
Tetapi bila besar..lawan perintah Allah..derhaka kepada Allah..
Kenapa jadi begitu..
Allah tidak sesekali menzalimi hambanya..walaupun sebesar zarah.

Thursday, April 16, 2009

APABILA ORANG ISLAM IKUT CARA HIDUP YAHUDI DAN NASRANI

Hadis Nabi Muhammad SAW....



Majoriti umat islam hari ini semakin jauh dari agama islam....

Ketika sembahyang kita meminta kepada Allah agar ditunjuk jalan yang lurus,jalan kebenaran..iaitu jalan para nabi-nabi,para solihin,siddiqin dan bukan jalan orang yang dimurkai dan bukan jalan orang sesat iaitu jalan yahudi nasrani (jalan orang-orang kafir)

Tetapi selepas sembahyang kita kembali mengikut jejak langkah yahudi dan nasrani dari perkara-perkara yang sekecilnya dan sehingga sebesarnya.

Yang Pasti ada yang tidak kena dengan sembahyang kita..padahal sembahyang itu mencegah dari melakukan kemungkaran.

Sehingga Nabi Muhammad SAW sendiri memberi perumpamaan dengan lubang biawak.
Sesempit lubang biawak itu pun,umat islam masih lagi hendak masuk...

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "carahidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Antara contoh amalan yahudi dan nasrani dari perkara kecil hingga besar yang diamalkan umat islam pada hari ini ialah...

- Berpakaian hitam dan cermin mata hitam ketika menghadiri sesuatu kematian.
- Kubur yang dihias indah-indah
- Menyambut hari Ibu (Memperingati ibu nabi isa a.s yang dianggap sebagai ibu tuhan)
- Menyambut hari Bapa
- Pakaian perkahwinan yang meniru yahudi nasrani
- Berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan
- Menyambut hari lahir dengan meniup lilin..
- Wanita yang mendedahkan aurat secara berleluasa.
- Tiada lagi hijab antara lelaki dan wanita.
- Cara berpakaian yang bermacam-macam jenis fesyen dengan menampakkan bentuk
tubuh,pendedahan aurat iaitu dengan meniru orang-orang yahudi dan nasrani.
- Melekatkan riben putih pada songkok hitam ketika ada kematian pemimpin negara.
- Berkabung jika ada-ada satu kematian.
- Bertafakur ketika kematian (meniru orang nasrani)
- Budaya couple.




Acara larian dengan membawa obor khususnya dalam acara-acara sukan adalah amalan orang-orang majusi yang bertuhankan api.
Mereka beramai-beramai berlari dengan membawa api dan ketika acara sukan diadakan Api yang besar dinyalakan dipermulaan acara sukan dan akan dipadamkan ketika acara tamat...
Berapa ramai umat islam pada hari ini yang terperangkap dengan tipu daya orang-orang kafir disebabkan kejahilan mereka sendiri dan tidak ingin balik kepada islam.

dan banyak lagi perkara-perkara lain yang umat islam pada hari ini ikut.

Kita dilarang menyerupai atau meniru budaya yang lahir daripada peradaban kaum kafir, yang jelas bertentangan dengan akidah Islam, sementara yang boleh diambil daripada semua orang (termasuk kafir) adalah dalam masalah teknologi, budaya yang tidak lahir daripada pandangan hidup mereka; seperti bahasa asing, mengamalkan pertanian berteknologi tinggi, membuat kapal terbang, komputer, kenderaan bermotor, kereta dan lain-lian lagi bahkan kita dituntut untuk mendalami hal ini.

Janganlah kita mengikut amalan-amalan mereka sesuai dengan hadis nabi dibawah
jika kita tidak mahu masuk kalangan mereka.nauzubillah.





Setiap hadis nabi adalah benar belaka..kerana nabi bercakap berdasarkan wahyu dan bukan dengan nafsu.

Saturday, April 11, 2009

JELI KULIT BABI CELUP TEPUNG

TANDA-TANDA KIAMAT


Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-


Asap
Dajjal
Binatang melata di bumi
Terbitnya matahari sebelah barat
Turunnya Nabi Isa A.S
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
Gerhana di timur
Gerhana di barat
Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Tuesday, April 7, 2009

REZEKI DI TANGAN TUHAN



Oleh MOHD YUSOP HASSIM
Penulis khas

MANUSIA sering bimbang mengenai rezekinya -- apakah ada atau tidak cukup? Tetapi apakah itu rezeki?

Adakah harta atau wang ringgit itu rezeki?

Menurut Islam, Allah swt berkehendakkan kita supaya bercakap benar dan jangan melakukan yang batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah bahawa rezeki kita berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang boleh mengambil atau menyekat rezeki kita.

Allah telah menerangkan kepada kita bahawa Ia mengurniakan Qarun dengan harta yang banyak. Namun Qarun tidak pernah puas kerana angkuh.

"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.' Dan apakah ia tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? (Surah Al-Qasas: 78)

Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan amalan. Di sinilah kita dapat memahami maksud firman Allah yang berikut, yang bermaksud:

Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah telah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai, benarlah! Tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah). (Surah Al-Qasas: 82)

Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadap-Nya dengan harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi.

KEMURKAAN

Jika ditinjau dari segi zahirnya, ini adalah satu kebaikan bagi mereka. Namun yang sebenarnya adalah khilaf. Harta dan pangkat ada kalanya tidak mendatangkan kebaikan.

Allah berfirman yang bermaksud:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (dari sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki dari sumber-sumber yang tidak diduga. (Surah At-Talaaq: 2 & 3)

Bertakwa kepada Allah dan mengetahui akan sebab-sebab rahmat-Nya adalah rezeki yang sebenarnya. Oleh yang demikian, Rasulullah saw tidak mengibaratkan kerana banyak harta itu adalah kaya, akan tetapi kesucian itu adalah diiktibarkan kaya yang sebenarnya. Baginda pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

Bukanlah kekayaan itu oleh sebab banyak harta yang dipamerkan akan tetapikekayaan itu adalah kekayaan jiwa.

Bukanlah nikmat Allah yang zahir yang dilimpahkan kepada manusia dengan harta yang banyak dan sebagainya menunjukkan kebaikan dan keredaan Allah. Bukanlah dugaan Allah ke atas hamba-Nya satu dalil yang menunjukkan kemurkaan Allah. Perkara ini adalah sebaliknya.

Boleh jadi sesiapa yang telah dilimpahkan oleh Allah dengan pelbagai nikmat itu mungkin dianggap sebagai satu "pujukan atau umpanan yang berperingkat' dan berkemungkinan pula sesiapa yang diduga oleh Allah adalah sebagai satu kelebihan di sisi-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:

Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa) Kami segera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar. (Surah Al-Mukminuun: 54 & 56)

Rasulullah pula ada menegaskan dalam sebuah hadis yang maksudnya:

Apabila kamu melihat seseorang itu dikurniakan atasnya rezeki dan masih bermaksiat kepada Allah, maka ketahuilah kamu bahawa ini sesungguhnya adalah satu pujukan atau umpan.

Oleh yang demikian, janganlah kamu sangka bahawa sedikit harta itu adalah jauh daripada rezeki Allah.

DOSA-DOSA

Berkemungkinan bahawa orang-orang yang diberi nikmat rezeki itu adalah sebagai nikmat yang negatif seperti menjauhkan daripada penyakit dan dosa-dosa sehingga dia meninggalkan dunia ini dengan penuh kesucian dan beroleh kemenangan dengan syurga yang abadi.

Rezeki di sisi Allah dikurniakan untuk semua makhluk sama ada dari golongan manusia, jin, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Allah mengurniakan rezekinya pada had yang tertentu seperti firmannya yang bermaksud:

Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. (Surah Az-Zaariyaat: 22)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

Dan tidak ada satu binatang yang melata (segenap makhluk Allah yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allahlah yang memberikan rezekinya dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. (Surah Huud: 6)

Tidak ada makhluk di muka bumi ini yang berupaya menambah atau mengurangkan, mempercepatkan atau melewatkan rezeki seseorang. Rasulullah saw telah bersabda dan menekankan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud:

Ketahuilah! Jika sesuatu umat itu dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada kamu, nescaya tidak akan terlaksana melainkan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagi kamu dan jika mereka memudaratkan kamu, tidak juga akan terlaksana melainkan apa yang telah dicatat oleh Allah. Diangkat 'Kalam-kalam' dan dibentangkan 'Buku-buku'.

Maksud 'kalam' di sini ialah "kuasa mentakdirkan rezeki dan ajal", manakala 'buku' pula adalah segala apa yang telah termaktub sejak dari azali sebelum Allah menjadikan langit dan bumi seperti yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Rasulullah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah menetapkan kuasa ketakdiran-Nya sebelum dijadikan langit dan bumi dalam lima puluh ribu tahun.

Di sini ternyata kepada kita bahawa seorang Mukmin yang sempurna imannya tidak khuatir pada rezekinya kerana yang mengurniakannya adalah Allah swt.

IMAN DAN TAKWA

Iman dan takwalah yang dapat memainkan peranan bagi memahami ujian Allah bahawa kekayaan dan kemiskinan itu terletak di tangan Allah sebagaimana yang difirmankan-Nya:

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku'. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata: "Tuhanku menghinaku". (Surah Al-Fajr: 15 & 16)

Berjuta-juta manusia mati kelaparan disebabkan kemarau yang berpanjangan. Ajal mereka telah sampai sebagaimana yang ditetapkan Allah swt sejak dari azali lagi. Dengan kembalinya seseorang itu maka terhenti dan terputuslah rezekinya. Dengan kembalinya seseorang itu ke hadrat Ilahi, maka terhenti dan terputuslah rezkinya. Al-Quran ada menerangkan yang bermaksud:

Maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) memajukannya. (Surah Al-Araaf: 34)

KESESATAN

Rasulullah telah menerangkan dengan jelas dalam wasiatnya kepada Ibnu Abbas yang bermaksud:

Jagalah Allah semoga Allah akan menjaga kamu; jagalah Allah semoga kamu mendapati-Nya berhadapan dengan kamu; jika kamu mohon pertolongan, maka mohonlah kepada Allah.

Inilah wasiat yang tidak syak lagi bahawa Allah sajalah yang memberi manfaat dan memudaratkan; merendah dan meninggikan; memulia dan mengeji; menghidup dan mematikan. Tidak ada suatu makhluk sama ada individu atau kumpulan masyarakat yang dapat memberi kesan pada manusia melainkan dengan izin Allah. Firman Allah, bermaksud:

Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Anaam: 17)

Kesimpulannya, apa yang boleh mendatangkan manfaat bagi seseorang, itulah rezekinya yang sebenar. Selain daripada itu, apa yang diperolehinya itu boleh membinasakan dan menyesatkannya.