MAT IJA










Sunday, April 4, 2010

15 perkara


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas
perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan
dirobah menjadi makhluk lain".
H.R Termizi
Hadis 21-40

Monday, March 1, 2010

ORANG ISLAM IKUT CARA HIDUP ORANG YAHUDI DAN KRISTIAN

[kera+copy.jpg]
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



bismillah

kenapa Nabi SAW memberi perumpamaan dengan lubang biawak tetapi kenapa tidak dengan lubang ular ke atau lubang binatang lain.

sifat biawak seperti yang kita ketahui suka memakan benda kotor seperti bangkai dan sebagainya.lubang biawak yang gelap,sempit,berbau busuk,kotor dan penuh dengan najis dan sisa bangkai.itulah perumpamaan jalan orang yahudi dan kristian iaitu jalan orang dimurkai oleh Allah dan jalan yang sesat.

tapi itulah perumpamaan dari hadis nabi SAW.Umat islam akan mengikut cara hidup orang yahudi dan kristian dari perkara yang kecil sehingga perkara yang sebesar-besarnya.

cara berpakaian,cara mendidik anak, cara berhibur,bersosial,bersukan, majlis perkahwinan yang meniru cara orang kritian, meniup lilin ketika menyambut hari lahir, memakai pakaian hitam ketika kematian,bidaah di kuburan,berkabung lebih dari tiga hari sekiranya berlaku kematian(kecuali isteri kematian suami) dan banyak lagi perkara-perkara yang umat islam pada hari ini mengikut cara hidup orang yahudi dan kristian,jika hendak taip disini memang tak muat.dan yang lebih dahsyat lagi ada yang sanggup murtad.a'uzubillah

wallahua'lam

Friday, February 5, 2010

KERA DAN BABI

Assalamu'alaikum..
Adakah anda tahu pasal kera dan babi?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Apabila manusia menjadi seperti kera dan babi.

Perangai kera: Tidak reti duduk diam,suka berkeliaran..hidupnya enjoy..hidup hanya sekali..itulah perumpamaan manusia yang hidup sentiasa berhibur pergi kesana kemari tanpa arah tujuan.

Perangai babi: Suka bertukar-tukar pasangan. Apabila babi jantan habis mengawan dengan babi betina,ia akan ditinggalkan dan seterusnya pergi mencari pasangan yang lain.Babi jantan yang lain tidak akan akan marah sekiranya pasangannya dirampas.

Allah tidak menjadikan sesuatu makhluk itu sia-sia..tetapi untuk diambil iktibar oleh manusia.







Allah berfirman yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Al 'araf(179)

Manusia lebih sesat dari binatang lagi sebab binatang tidak mengadakan homoseks atau lesbian sesama binatang...tetapi manusia melakukannya..
Binatang tidak dikurniakan akal oleh Allah SWT...
Manusia yang ada akal tetapi tidak menggunakan akalnya berdasarkan syariat yang telah ditetapkan.

Tuesday, January 19, 2010

MENGENAL DIRI

Bismillahirrahmanirrahim..

Hinanya manusia yang dijadikan dari air mani..



Air mani yang mengalir ke dalam faraj wanita melalui satu jalan..
iaitu jalan yang sama keluarnya air kencing...
satu tempat yang kotor iaitu jalan najis..jalan air kencing..hinanya manusia..itulah manusia.
kita dilahirkan melalui jalan itu..



seterusnya kita akan masuk ke satu tempat najis yang ada pada seorang perempuan..
juga tempat kencing seorang wanita...itulah manusia
apabila seseorang ibu mengandung...haidnya akan berhenti..
kita sekali lagi akan bergelumang dengan najis..darah haid akan menjadi makanan kita...



apabila dilahirkan segala kotoran akan keluar bersama-sama kita..




itulah manusia..
melawan perintah Allah yang menciptakan manusia..
asal kejadian manusia berupa air mani...berupa seekor anak berudu..
tetapi bila dilahirkan bermacam-macam organ ada dalam tubuh manusia..
hebatnya maha pencipta..Subhanallah...
itulah manusia...
yang selalu lupa siapa penciptanya...

Wednesday, December 30, 2009

KATAKANLAH...KITA SEMUA MILIK ALLAH











Tuesday, December 15, 2009

SEDAR ATAU TIDAK..

Tuesday, December 8, 2009

UMMAT JAHILIAH MODEN




Assalamu'alaikum..

Kalau kita tengok keadaan masyarakat pada hari ini,khususnya kepada muda-mudi,kita lihat berlakunya keadaan gejala sosial yang amat parah.Mereka lebih mengenali pelakon-pelakon,artis-artis,band muzik,lagu-lagu,drama,filem berbanding hukum hakam agamanya sendiri.Ini belum dikira dengan pengaruh artis-artis barat, internet dan bermacam-macam budaya kuning yang dibawa dari barat seperti kumpulan-kumpulan punk,skinhead,black metal dan macam-macam lagi yang tidak muat nak ditulis disini.Seolah-olah muda-mudi sekarang tiada arah tuju.

Hari ini tidak susah untuk melihat wanita-wanita yang berpakaian ketat,singkat,memakai skirt,mewarnakan rambut dan bermacam-macam lagi perkara pelik yang dibuat.Semuanya berpunca dari pengaruh TV,majalah-majalah,konsert-konsert dan program-program yang bertentangan dengan syarak disuburkan.Diburukkan lagi dengan kurangnya didikan agama yang diberikan oleh ketua keluarga yang hanya pandai memberi makanan jasmani tetapi tidak memberikan makanan rohani.

Apa yang jelas.fitnah dajjal telah masuk ke setiap rumah umat islam.TV dihidangkan dengan program-program maksiat dan mungkar,dengan pendedahan aurat,pergaulan bebas antara lelaki dan wanita,fesyen pakaian yang menjadi ikutan muda-mudi hari ini.Seolah-olah itulah cara hidup moden pada hari ini. Bahkan seluruh keluarga bermula dari tok hingga cucu meminati rancangan-rancangan hiburan yang disajikan,yang jelas dilaknat oleh Allah.

Rancangan hiburan realiti TV diwujudkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Bermacam-macam jenis program nyanyian diwujudkan,dari golongan tua hinggalah budak-budak yang sejak kecil lagi didik untuk menjadi penyanyi.Itulah realiti yang berlaku.

Tetapi apa yang pelik program-program agama turut disajikan dalam slot-slot televisyen,radio dan surat khabar tetapi pada sama menyiarkan program-program mungkar yang menyebabkan umat islam hari ini semakin pening.seolah-olah tiada petunjuk ke jalan yang benar.



Maka tidak hairanlah keruntuhan moral berlaku dengan gejala buang bayi,seks bebas,dadah,murtad,rasuah dan sebagainya.Semua ini mengundang kemurkaan Allah SWT.

Contoh terdekat kita dapat lihat pada surat khabar harian sekarang ini.Pada halaman muka depan terpampannya waktu solat yang mengajak manusia supaya sujud kepada Allah.Ditengahnya terdapat bicara agama yang membincangkan hal ehwal islam.Tetapi pada bahagian belakang surat khabar adanya ruangan khas untuk nombor ekor yang jelas haram dalam islam.Juga terdapat sisipan khas untuk artis-artis mendedahkan aurat,gosip liar dan bermacam-macam fitnah yang berlaku.



Sesiapa yang terlibat sebagai orang dibelakang tabir akan memikul dosa yang besar,kerana dengan sebab tangannya sesuatu program maksiat itu dapat dilaksanakan.Dari pengarah,penyanyi,pemuzik,jurukamera,jurusolek hinggalah penyedia makanan semuanya akan terlibat.

Seseorang yang bertolong-tolongan dalam perkara maksiat tetap akan mendapat saham dosa dalam perkara yang dilakukan begitu juga sebaliknya sesiapa yang bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan akan mendapat pahala.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan." Al Maidah ayat 2.

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.� - (Surah Az-Zalzalah: Ayat 6 hingga 8).