MAT IJA

Monday, June 1, 2009

WANITA TIDAK TAHU PERKARA YANG KELUAR DARI DIRINYA SENDIRI


Solat dalam Bab Haid

Bab Tiga Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali (Kitab Fekah)]

Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika tak tahu tentang perkara ini.

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam... kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/... yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa atau mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa... itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Tempoh haid seseorang perempuan itu bukannya sehari semalam atau 7 hari ataupun 15 hari,tetapi perempuan itu sendiri yang perlu tahu kadar haidnya sendiri kering,ia mungkin 3 hari,4 hari,9 hari ataupun 13 hari

Siti Aisyah berpesan kepada muslimat-muslimat agar memasukkan kapas dengan kadar panjang sejari jika darah haid atau nifas telah kering, dan kemudian berikan sedikit masa untuk pastikan ia telah kering.contohnya jika darah telah kering pada 10 pagi,kemudian masukkan kapas dengan kadar sejari di dalam kemaluan.Jika telah kering berikan sedikit masa hingga waktu zohor,dan buat perkara yang sama,untuk pastikan ia telah kering.Bukannya tengok kesan pada pampers, kalau tiada darah terus mandi,yang 2 perempuan kafir pun pandai buat.

Walauapapun,wanita-wanita tidak dapat tidak mesti belajar perkara sebegini,ia sangat penting kerana melibatkan halal haram dan sah atau tidak ibadat yang dilakukan.

Wanita moden sekarang begitu jahil dalam bab agama kerana lebih mementingkan keduniaan semata-mata.Mereka bukanya belajar kitab-kitab agama yang berkaitan fekah,tauhid dan sebagainya,tetapi menjadikan kitab-kitab dajjal sebagai bahan bacaan seperti mangga,mempelam,remaja dan berbagai lagi kitab dajjal yang menjadi rujukan.

Setiap ayah wajib mengajar anak perempuannya yang telah baligh dan jika dia bersuami,suaminya wajib mengajar isterinya.jika ayah atau suaminya tidak pandai mengajar,maka wajib diajak belajar dengan guru yang arif dalam perkara ini.