MAT IJA










Wednesday, May 21, 2008

INGAT MATI.....

Assalamualaikum ya ahlal dunia....



Manusia selagi tidak masuk kedalam lubang kubur selagi itu lah tidak akan berhenti dalam mencari kemewahan dunia dengan memperbanyakkan harta benda..anak pinak..pangkat..pengaruh dan macam-macam lagi sehingga lupa kepada akhirat,lupa pada Allah.

Sehinggalah masuk dalam lubang kubur,barulah berhenti..barulah seseorang itu yakin,penuh yakin,sesungguhnya yakin,sangat yakin setelah melihat apa yang dijanjikan
oleh Allah.


ini sesuai dengan firman Allah...dalam surah Al Takathur..



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh), (1)

Sehingga kamu masuk kubur. (2)

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3)

Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4)

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5)

(Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6)

Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!(7)

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! / (8)



Kematian ialah sesuatu yang pasti. Firman Allah dalam Surah al-Mulk ayat 2 bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)".



Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga perkara:
1) Sedekah jariah,
2) anak soleh yang mendoakannya
3)ilmu yang bermanfaat sesudahnya.

(HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad).


Setiap manusia yang meninggal dunia pasti akan merasai alam kubur,samaada memperolehi nikmat kubur atau azab kubur..

Sesiapa yang memperolehi nikmat kubur, akan mudahlah perjalanan yang seterusnya.
Sesiapa yang memperolehi azab kubur bermakna lebih sukarlah perjalanan akan datang.

sesuai dengan Hadis Nabi SAW yang mengatakan tentang nikmat dan azab kubur iaitu salah satu taman dari taman-taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang api neraka.nauzubillah.

YA ALLAH KAMI MINTA PERLINDUNGAN MU DARI AZAB KUBUR,SEKSAAN API NERAKA,FITNAH HIDUP DAN MATI DAN DARI FITNAH DAJJAL.

3 comments:

achik said...

salam..

terima kasih atas ingatan.. :)

Mommy Aisy said...

salam..
sy juga ingin mengucapkan terima kasih atas ingatan ini. gmbr2 y anda tayangkan ini telah benar2 sy lihat di depan mata sy sewaktu pengkebumian Arwah Abah sy tahun lepas.
terima kasih kerana mengingatkan lagi.

Unknown said...

SALAM..thanks sbb mnziarahi blog saya. Salam Ukhuwwah juga buat anda. Blog ini sedikit sebanyak membuka pintu & mata hati utk sy lebih bermuhasabah ttg diri...
Thanks a lot.
Salam =)