MAT IJA










Sunday, July 27, 2008

PELIHARALAH DIRI ANDA...



Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

“Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menutup badan mereka dengan jilbab (bertudung). Demikian itu adalah supaya mereka lebih mudah dikenali (sebagai orang yang beriman) agar mereka tidak diganggu lelaki yang jahat. sesugguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sebuah Hadis yang diriwyatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a bahawa Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah nabi dengan berpakaian nipis, kemudian Nabi memalingkan mukanya sambil bersabda:

“Hai Asma’! sesungguhnya perempuan apabila sudah baligh tidak patut menampakkan badannya kecuali ini dan ini (Rasulullah menunjukkan tapak tangan dan mukanya).”

Islam mengajar ummatnya memelihara kesucian bukan sahaja kesucian hati (iman) tetapi juga cara ummatnya berpakaian sebagai pencegahan kepada gejala yang lebih buruk seperti rogol, zina, hamil tanpa nikah dan membunuh.

Wanita Islam yang sudah baligh diwajibkan memelihara aurat mereka sebagaimana. yang di jelaskan Al-Quran dan Al Hadis..

i. Pakaian tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan atau susuk tubuh.
ii. Pakaian tersebut tidak nipis hingga menampakkan bayangan tubuh dari luar.
iii. Pakaian tersebut tidak menarik perhatian lelaki sama ada terbelah atau terdedah.
iv. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.
v. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita musyrik dan kafir.

Sebagai pemimpin Islam sama ada ketua keluarga, ketua masyarakat apalagi ketua negara kita wajiblah membimbing wanita kita agar menjadi ahli syurga dan membiasakan remaja menutup aurat mereka sejak kecil kerana seksaan Allah janjikan kepada mereka yang mendedahkan aurat mereka adalah sangat berat.

Ketika Israk dan Mikraj Rasulullah saw melihat kaum perempuan diazab dalam neraka dengan berbagai azab diantaranya perempuan yang digantung dengan rambutnya hingga mengelegak otak mereka. Rasulullah menerangkan:
“Adapun perempuan yang digantung dengan rambut mereka itu adalah kerana dahulu (di dunia) mereka tidak menutup rambut mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim.”

Sabda Rasulullah lagi:
“Sesungguhnya termasuk ahli neraka, perempuan-perenpuan yang berpakaian tapi terlanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat…mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”


INGATLAH ALLAH ITU SANGAT KERAS SEKSAANNYA.NAUZUBILLAH..

No comments: