MAT IJA

Tuesday, December 8, 2009

UMMAT JAHILIAH MODEN




Assalamu'alaikum..

Kalau kita tengok keadaan masyarakat pada hari ini,khususnya kepada muda-mudi,kita lihat berlakunya keadaan gejala sosial yang amat parah.Mereka lebih mengenali pelakon-pelakon,artis-artis,band muzik,lagu-lagu,drama,filem berbanding hukum hakam agamanya sendiri.Ini belum dikira dengan pengaruh artis-artis barat, internet dan bermacam-macam budaya kuning yang dibawa dari barat seperti kumpulan-kumpulan punk,skinhead,black metal dan macam-macam lagi yang tidak muat nak ditulis disini.Seolah-olah muda-mudi sekarang tiada arah tuju.

Hari ini tidak susah untuk melihat wanita-wanita yang berpakaian ketat,singkat,memakai skirt,mewarnakan rambut dan bermacam-macam lagi perkara pelik yang dibuat.Semuanya berpunca dari pengaruh TV,majalah-majalah,konsert-konsert dan program-program yang bertentangan dengan syarak disuburkan.Diburukkan lagi dengan kurangnya didikan agama yang diberikan oleh ketua keluarga yang hanya pandai memberi makanan jasmani tetapi tidak memberikan makanan rohani.

Apa yang jelas.fitnah dajjal telah masuk ke setiap rumah umat islam.TV dihidangkan dengan program-program maksiat dan mungkar,dengan pendedahan aurat,pergaulan bebas antara lelaki dan wanita,fesyen pakaian yang menjadi ikutan muda-mudi hari ini.Seolah-olah itulah cara hidup moden pada hari ini. Bahkan seluruh keluarga bermula dari tok hingga cucu meminati rancangan-rancangan hiburan yang disajikan,yang jelas dilaknat oleh Allah.

Rancangan hiburan realiti TV diwujudkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Bermacam-macam jenis program nyanyian diwujudkan,dari golongan tua hinggalah budak-budak yang sejak kecil lagi didik untuk menjadi penyanyi.Itulah realiti yang berlaku.

Tetapi apa yang pelik program-program agama turut disajikan dalam slot-slot televisyen,radio dan surat khabar tetapi pada sama menyiarkan program-program mungkar yang menyebabkan umat islam hari ini semakin pening.seolah-olah tiada petunjuk ke jalan yang benar.



Maka tidak hairanlah keruntuhan moral berlaku dengan gejala buang bayi,seks bebas,dadah,murtad,rasuah dan sebagainya.Semua ini mengundang kemurkaan Allah SWT.

Contoh terdekat kita dapat lihat pada surat khabar harian sekarang ini.Pada halaman muka depan terpampannya waktu solat yang mengajak manusia supaya sujud kepada Allah.Ditengahnya terdapat bicara agama yang membincangkan hal ehwal islam.Tetapi pada bahagian belakang surat khabar adanya ruangan khas untuk nombor ekor yang jelas haram dalam islam.Juga terdapat sisipan khas untuk artis-artis mendedahkan aurat,gosip liar dan bermacam-macam fitnah yang berlaku.



Sesiapa yang terlibat sebagai orang dibelakang tabir akan memikul dosa yang besar,kerana dengan sebab tangannya sesuatu program maksiat itu dapat dilaksanakan.Dari pengarah,penyanyi,pemuzik,jurukamera,jurusolek hinggalah penyedia makanan semuanya akan terlibat.

Seseorang yang bertolong-tolongan dalam perkara maksiat tetap akan mendapat saham dosa dalam perkara yang dilakukan begitu juga sebaliknya sesiapa yang bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan akan mendapat pahala.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan." Al Maidah ayat 2.

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.� - (Surah Az-Zalzalah: Ayat 6 hingga 8).

2 comments:

.::nazratul::. said...

salam ziarah. artikel ni best.. semuanye best mmg sonok ble bace. (: zaman sekrang zaman jahiliah moden.. sbb Sang "SEKULAR" ni telah merebak.sistem kapitalis sistem kufur! meh kite selangkah sehati sejiwa tegakkan khilafah dan teruskan juang dlm ISLAM. (:

mael...(ismaelrx_84@yahoo.com.my) said...

syukran...