MAT IJA










Tuesday, October 6, 2009

KIAMAT SUDAH DEKAT

Maksud surah Al hajj ayat 1,2

Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. (1)

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. (2)




Pelajar Malaysia lari terhuyung-hayang takut berlaku tsunami

PADANG: Air laut tiba-tiba surut dan jalan raya terbelah dua antara fenomena menggerunkan yang disaksikan seorang penuntut Malaysia ketika gempa bumi kuat, di sini pada Rabu lalu.

Melihat keadaan menakutkan itu, Mohd Ashraf Abdul Hamid, 23, yang ketika itu menaiki motosikal di tepi pantai, lari jauh dari pantai kerana takut berlaku tsunami.

"Saya cepat-cepat melarikan diri terhuyung hayang seperti orang mabuk," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk untuk pulang di tanah air menaiki pesawat tentera semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Ashraf berkata, badannya bergoyang dan jatuh dari motosikal serta melihat orang ramai terbaring atas jalan.

Pelajar Tahun Tiga jurusan Perubatan Universiti Andalas itu berkata, selepas kira-kira setengah jam, kelihatan mayat di bawah runtuhan bangunan.

"Saya lihat polis dan orang ramai mengutip cebisan anggota manusia yang tertimbus seperti tangan dan kaki," katanya.

BERITA HARIAN
SABTU 3 OKTOBER 2009





















1 comment:

hamba said...

sungguh... kita manusia saaaaangat lemah