MAT IJA










Tuesday, October 27, 2009

LELAKI TIDAK MUSLIH PUNCA WANITA ROSAK


LELAKI TIDAK MUSLIH PUNCA WANITA ROSAK

Sebenarnya apabila bercakap mengenai penjagaan akhlak,lelaki dan wanita memikul tanggungjawab sama berat.kedua-dua golongan perlu menjaga batas pergaulan,menutup aurat dengan rapi dan menjaga pandangan.
Pada hari ini, wanita tidak menjaga aurat, tidak menjaga batas pergaulan dan lelaki juga sama menyumbang kepada fenomena ini. Bahkan, tidak salah jika saya katakan wanita hari ini rosak disebabkan kegagalan lelaki melaksanakan amanah yang dipikulkan keatas mereka.
“lelaki itu adalah pelindung/pemimpin bagi wanita.”itu yang ditegaskan dalam Al Quran. Jika kita buat tinjauan kenapa wanita samaada anak gadis atau isteri mendedahkan aurat di khalayak ramai. Sebabnya ialah ayah dan suami di rumah tidak menjalankan tanggungjawab mendidik dan membimbing wanita yang berada dalam tanggungannya.
Jika mereka menjalankan peranan sebagai ayah dan suami yang melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar di kalangan isi rumah, maka kita tidak akan melihat perbuatan membuka aurat secara berleluasa di kalangan masyarakat islam hari ini.
Fenomena ini jelas menunjukkan kebanyakkan rumah tangga islam rosak kerana suami dan ayah yang tidak salih dan tidak muslih (tidak melakukan amal salih dan tidak mengajak ahli keluarga beramal salih).
Kemudian kita lihat pula pada skop yang lebih besar. Wanita hari ini dieksploitasi semahunya oleh industri perniagaan. Wanita menjadi bahan komersial yang diperdagangkan. Memang benar mereka menjadi hiasan muka majalah, akhbar, papan iklan dan wanitar litar dengan pakaian menggiurkan. Siapakah dibelakang mereka? Di belakang mereka ialah syarikat multinasional yang menjadikan wanita bahan pelaris. Di belakang mereka juga industri fesyen yang kebanyakannya dipelopori pereka fesyen lelaki.
Saya berpandangan, setiap kali melihat wanita mendedahkan aurat, saya berfikir siapakah yang bertanggung jawab ke atas wanita ini. Jika dia masih gadis maka, ayahnya yang akan dipersoal oleh Allah nanti. Jika dia sudah bergelar isteri, maka suaminya yang akan dipertanggungjawabkan. Jika mereka gagal memberikan jawapan yang benar, maka mereka akan menanggung akibat di akhirat nanti kerana bersifat dayus (tidak mampu memimpin isteri dan anak perempuan).
Mengenai 50 wanita nisbah seorang lelaki menunjukkan bahawa tanggungjawab seorang lelaki yang salih pada akhir zaman amat berat. Jika ada seorang lelaki salih dikalangan kita maka dia harus mengambil tanggungjawab bukan saja ke atas isteri dan anaknya , tetapi anak saudaranya , sepupunya, adik beradiknya dan sesiapa juga yang berada dalam lingkungan keluarganya. Oleh kerana sebahagian besar lelaki tidak memenuhi peranan itu maka peranan itu beralih kepada lelaki salih yang berada dalam keluarga berkenaan.

Dr Hafidzi Mohd Noor, UPM

1 comment:

:: hayati :: said...

Pempuan memg amanah n ujian bg lelaki…disamping tu lelaki pn ujian bg pempuan…
Mungkin gak sebahagian bsr org lelaki zaman skng da melupakn wasiat terakhir nabi di kala hampir wafat supaya menjaga org pempuan krn mrk kaum yg lemah…